Monday 22 July 2013

DIAGRAM DEWAN UNDANGAN MAJLIS TERTINGGI SENI KAPI WARISAN MALAYSIA

1.0 Majlis Tertinggi Seni Kapi Warisan Malaysia



2.0 Majlis Pendekar Seni Kapi Warisan Malaysia



3.0 Majlis Perguruan Seni Kapi Warisan Malaysia




4.0 Majlis Penggerak Seni Kapi Warisan Malaysia



CARTA DEWAN UNDANGAN MAJLIS TERTINGGI SENI KAPI WARISAN MALAYSIA

DOKUMENTASI SENI KAPI WARISAN MALAYSIA














DIAGRAM SISTEM LATIHAN SENI KAPI WARISAN MALAYSIA

1.0 : Diagram Latihan Asas Seni Kapi (Asas Langkah dan Asas Layang)



 1.1 : Diagram Latihan Asas Amal Seni Kapi



 1.3 : Diagram Latihan Asas Amal 2 Seni Kapi



1.4 Diagram Pemahaman Latihan Asas Seni Kapi



1.5 Diagram Latihan Asas Seni Kapi Asas 2



1.6 Diagram Latihan Asas Seni Kapi Asas 3



1.7 Diagram Latihan Asas Seni Kapi Asas 3



1.8 Diagram Latihan Asas Seni Kapi (Latih Refleksi)



DIAGRAM LATIHAN
 2.0 Diagram Latihan Siri 1 (Langkah dan Layang Seni Kapi) 



 2.1 Diagram Latihan Siri 2 (Langkah dan Layang Seni Kapi)



 2.2 Diagram Latihan Siri 3



 2.3 Diagram Latihan Siri 4 

BENDERA KAPI

BENDERA SENI KAPI

Warna Biru, Kuning, Putih dan Merah dalam bingkai bendera merujuk kepada warna bendera Malaysia yang melambangkan:

Biru Tua: Melambangkan ketenangan, kebijaksanaan akal yang membentuk kepada kekuatan ilmu

Kuning: Menjujung dan memelihara Kedaulatan Raja-Raja Melayu

Merah dan Putih: Tanda keanggotaan yang sama dalam persekutuan 13 buah negeri termasuk Kerajaan Persekutuan.

Tiga warna melintang pada bendera melambangkan:

Hijau: Islam adalah junjungan 

Kuning: Bangsa adalah amanah

Merah: Tanahair adalah pegangan

LOGO KAPI:
Bentuk bulat logo Kapi membawa maksud kebulatan tekad dan kesatuan para pengamal Kapi dalam menjalankan tanggungjawab sebagai seorang pengamal seni pertahanan diri. 

Bunga padi berwarna kuning memberi pengertian kematangan dari segi perpaduan dan keharmonian sesama pengamal. Rantaian bunga padi pula membawa maksud keutuhan dan kejituan muafakat yang menyeru kepada penyatuan kesetiaan, kejujuran dan keikhlasan demi keteguhan pengamal Kapi.

Dua silangan senjata Kapi dibawah bentuk global bulat melambangkan perjuangan kesenian Kapi melewati ke tahap antarabangsa dan dunia.

Satu pemusatan bulatan tengah yang diapit oleh lapan bulatan disekelilingnya melambangkan kepekaan gerak serangan asas kombat Melayu Seni Kapi berasaskan lima deria yang menyatukan kosentrasi dan pemusatan dalam menghadapi lawan secara lapan arah dalam satu ruang.
Prinsipal KEPEKAAN DALAM SENI KAPI:
  1. Kepekaan Akal/Mental
  2. Kepekaan Deria/Rasa
  3. Kepekaan Ransangan/Fizikal
  4. Kepekaan Tindakan/Percaturan
  5. Kepekaan Alam/Kewujudan
  6. Kepekaan Gelombang/Hubungan
  7. Kepekaan Hati/Percaturan
  8. Kepekaan Lawan/Kombat
  9. Kepekaan Kesatuan/Pemusatan
Perkataan AKAL membawa maksud:1. Secara harfiahnya Seni Kapi menggunakan Etimlogi Akal yang berasal dari bahasa Arab 'aql yang secara bahasanya bermaksud pengikatan dan pemahaman terhadap sesuatu. Pengertian lain dari akal adalah daya fikir (untuk memahami sesuatu), kemampuan melihat cara memahami lingkungan, atau merupakan kata lain dari fikiran dan ingatan. 

Dari segi akronim AKAL dalam logo Seni Kapi Warisan ianya membawa maksud Agar Kekal Amal Latihan yang menjurus kepada penyeruan meneruskan praktis sebagai amalan yang berterusan untuk usaha manfaat diri, agama bangsa dan tanahair.





Sunday 21 July 2013

SENI KAPI

Dari segi definisi kontekstualnya, Seni Kapi adalah seni tempur jarak dekat yang menggunakan dua bilah kayu berukuran kepanjangan minimum 12 inci dan menjangkau sehingga 21 inci yang diikat tali dihujungnya. Ia Merupakan gabungan persembahan seni senjata kayu dan tekpi. Ianya mampu menangkis serangan secara tangan kosong mahupun serangan yang menggunakan sebarang senjata berbahaya seperti pisau dan pedang. Pembelajaran Seni Kapi dapat dipelajari dan dipraktikkan dengan CEPAT, MUDAH dan BERKESAN. Selain itu Seni Kapi juga merupakan Seni Tempur Jarak Dekat yang menggunakan pendekatan pemahaman dan penjelasan sains fizik dari segi praktik anatomi teknik pertahanan dan serangan.




Anatomi Kapi

Manakala etimologi konseptual di dalam sistem para pengamal Seni Kapi mendefinisikan KAPI sebagai:

KAPI = Kekuatan Ada Pada Ilmu
KAPI = Keredaan Allah Pasti Indah
KAPI = Kesempurnaan Ada Pada Islam

Etimologi konseptual ini merupakan pegangan kerohanian yang diwajibkan kepada semua pengamal Seni Kapi Beragama Islam di dalam perguruan Kapi yang sangat mengutamakan kesejahteraan nilai insaniah seseorang pengamal.


PENGASAS SENI KAPI WARISAN MALAYSIA

Grand Master Seni Kapi Warisan Malaysia
Haja Mohaideen bin Haji Abu Backer

Haja Mohaideen Bin Hj. Abu Backer @ Master Haja, telah dilahirkan pada 19 Januari 1969 di Pulau Pinang, anak jati Pulau Mutiara ini begitu meminati ilmu seni mempertahankan diri. Beliau mula berkecimpung dalam seni mempertahankan diri sejak 1978. Mula bergiat aktif dalam menyertai dan mempelajari pelbagai jenis seni mempertahankan diri antaranya seperti :-

  1. Karate Budokan International 
  2. Silat Tapak Seratus 
  3. Silat Sabil Indera Sakti (Perak) 
  4. Silat Gegaran Petani 
  5. Perguruan Senjata 
  6. Silat Sendeng Merah (Kedah) 
  7. Ilmu Perubatan Kebatinan (Abdul Hamid Rashid) 
  8. Ilmu Tenaga Dalam (Bengkung Putih)

Bukan setakat seni silat ataupun karate yang dipelajari, keaktifan dalam seni beladiri itu terus membakar semangatnya untuk terus mendalami ilmu pertahanan diri dari negara matahari terbit, Jepun iaitu seni lawan pedang samurai. Ilmu pedang Samurai hidup dari falsafah gaya hidup yang mengamalkan adat dan adab, sikap hormat dan kesabaran, penumpuan, penghayatan dan ketepatan kerana itu ilmu tradisi ini dianggap unik dengan meningkatkan disiplin bagi membentuk seni bela diri yang dinamik.


Beliau sendiri amat cenderung untuk berlatih mempelajari seni pedang dengan asas-asas latihan dalam bentuk teori dan praktikal dengan begitu gigih dan berjaya menamatkan pengajian dengan menyandang tahap Talipinggang Hitam dalam Muso Jikiden Eishin-Ryu IAIDO, Mushin-Do Malaysia, Wado Japan dan Combat Miyama Ju-Jutsu.

Pada 28 Februari 1996, beliau telah diiktiraf oleh Masayuki Shimabukuro, Pengerusi, Jikishin-Kai International sebagai Ketua Jurulatih Malaysia dalam Seni Nippon Kobudo Jikishin-Kai International. Dengan pengiktirafan yang diterima adalah menjadi tanggungjawab beliau untuk mengekalkan tahap tertinggi dalam Muso Jikiden Eishin-Ryu Iaijutsu di Malaysia. Selepas itu, Master Haja sekali lagi diiktiraf oleh Robert Ferguson, DIRECTOR RAPE AWARNESS AND PREVENTION ORGANIZATION dan melantiknya sebagai wakilnya yang sah di kawasan Asia.Pengiktirafan yang diberi atas pelaksanaan program-program kursus dan seminar kepada kaum wanita dalam usaha menangani masalah keganasan terhadap wanita, penderaan, gangguan seksual, rogol, diragut serta samseng jalanraya.

Pada 4 Julai 1996, Master Haja telah dilantik oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pulau Pinang sebagai Penasihat Wajadiri Negeri Pulau Pinang terhadap segala aktiviti-aktiviti wajadiri. Perlantikan beliau berdasarkan kepada pengalaman dan pengiktirafan yang telah beliau terima dari pertubuhan wajadiri Malaysia dan pertubuhan wajadiri Dunia.

Di samping itu beberapa penganugerahan dan penghargaan telah beliau terima. Pada 23 Disember 1996,beliau telah diberi ANUGERAH WAJADIRI oleh KERAJAAN NEGERI PULAU PINANG kerana sumbangan beliau dalam program pembangunan wajadiri Negeri Pulau Pinang.

Pada 24 - 26 Oktober 1997, beliau mengambil bahagian sebagai Penceramah di Seminar Guru-Guru Silat Pahang dan telah diberi penghargaan oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang Darul Makmur atas sumbangan tenaga dan fikiran dalam membantu membentuk satu organisasi Belia yang Mantap, Bermotivasi, Aktif dan Berdisplin.

Beliau menerima penghargaan sebagai Penggerak Wajadiri Negeri Pahang pada tahun 1998, mewakili Pertubuhan Gerak Silat Lian Malaysia, Pahang oleh Jabatan Belia dan Sukan Negeri Pahang.

Sebagai seorang yang mempelajari dan mendalami seni mempertahankan diri, beliau telah mendapat pengiktirafan sebagai Ahli dari Pertubuhan Dunia dalam Japan Konu-Do Jikishin-Kai International, World Black Belt Bureau, World Self-Defense Federation, United Martial Artists Federation, Rape Awarness and Prevention Organization, The International Budo Association (IBA)-JUDAN (TEN DEGREE BLACK BELT) in the Martial Art of Musashi-Ryu (Ogos 24,2001).

Bukan setakat mempelajari bidang seni mempertahankan diri, malah ingin terus melibatkan diri dengan mempelajari dan mengikuti kursus-kursus dalam bidang perubatan. Memberi tumpuan dengan penuh ketekunan dan keyakinan apa yang dipelajari, ia memberi hasil dan telah berjaya dengan cemerlang. Pencapaian yang beliau terima ‘REIKI’- Holytics and Metaphysics, Pranic Healing Course-Institute.for Inner Studies,Inc- 2000, Advanced Pranic Healing Course-2000, Psychic Self-Defense-2001- Master Choa Kok Sui , Perubatan Alam dan Pengurutan Tradisional.

Master Haja berkepakaran dalam permainan Seni Senjata , Penceramah Bebas dan Motivasi ,Meditasi dan Falsafah Wajadiri , beliau bergiat aktif dalam memberi ceramah – ceramah dalam seminar, mengendalikan dan menganjurkan kursus-kursus semasa seni mempertahankan diri, membuka kelas-kelas latihan seni bela diri. Beliau juga dilantik sebagai Penasihat Pertubuhan Seni Mempertahankan Diri bagi dalam dan luar negeri.

Beliau seorang pengkaji, semangat terhasil dari usia muda dan menyimpan wawasan tersendiri dalam mengembangkan seni beladiri. Namun pengorbanan masa untuk terus mengkaji seni beladiri tiada sempadan. Setiap langkah, gerak dan teknik yang dipelajari dalam Seni Mempertahankan Diri dapat membuahkan sesuatu yang positif demi meningkatkan ilmu pengetahuan yang tidak terbatas kepada satu-satu fahaman agar sistem pembelajarannya dapat disebarkan untuk semua.

Kecenderungannya yang amat tinggi dalam bidang Sains Sukan Seni Mempertahankan Diri menjadikan beliau sebagai PENGASAS kepada Akademi Wajadiri Malaysia, Guru Utama Perguruan Senaman Gerak Sentuhan, Muso Jikiden Eishin-Ryu Iaijutsu Malaysia, Pertubuhan Musashi-Ryu Malaysia, Presiden Pencinta Seni Tekpi Malaysia, PENGASAS Seni Kapi, Pengasas dan Presiden Pertubuhan Pendekar Malaysia dan Pertubuhan Bertanjak Malaysia, Penceramah Bebas & Motivasi (Pembangunan Seni Mempertahankan Diri).